 |
Tazmania_LoverOctober 5th 1980 (Age 29) Female Malaysia Berhambakan Tangan, Bersaksikan Mata & Berhakimkan Hati...
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|
 |
 |
Saturday, November 14, 2009
Kehilangan itu...suatu kesedihan dan kepedihan
Assalamualaikum...
Malam ini..dimalam yang agak dingin dan sepi...aku mahu membicarakan tentang kehilangan. Bukan harta benda dan kasih sayang. Namun kehilangan barisan individu yang sangat memberikan kesan kepada diri aku. sebelum aku merungkai lebih panjang, jauh dan dalam, mari sedekahkan Al fatihah kepada mereka yang telah kembali ke pangkuan Yang Maha Esa. Semogo roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al Fatihah...
Mungkin aku tidak begitu terdedah dengan kasih sayang mereka secara lebih dekat dan kerap, kerana mereka meninggal semasa aku belum wujud di muka bumi ini dan ketika aku masih kecil. namun mereka berdua ini juga aku sayangi walau pun aku tidak berpeluang mengenali dengan lebih dekat. mereka itu arwah Mak Tok dan Atok aku iaitu kedua orang tua ayah aku. Arwah Satro & Arwah Che Nah. Arwah atok meninggal masa ayah masih di usia remaja. Arwah mak tok pulak meninggal masa usia aku 9 tahun. Aku memang jarang bertemu dengan arwah mak tok sebabnya masa kecik memang jarang balik kg. kalau berjumpa pun, mak tok tidak begitu 'mesra alam' dengan cucu-cucunya. Buat hal sendiri saja. Rasanya masa kecik aku agak takot dan tersangat tidak bermesra dengan arwah mak tok. Tak tahu kenapa.
1985, aku kehilangan arwah pak ngah (abang ipar mak aku). arwah ni badan memang sasa. paling aku ingat, masa kat rumah arwah atok, aku tertelan gula2..disebabkan aku manja sangat, so menangis bagai nak rak. ayah pujuk pun aku makin mengada2. pastu arwah pak ngah pujuk. dia dukung aku...letak aku kat bahu dia. pastu ayah ada ambik gambar aku ngan arwah pak ngah. gambar tu ada lagik, nantilah aku tengok balik.
Usia aku 10 tahun, aku kehilangan arwah opah yang cukup aku sayangi. Sebenarnya arwah opah cuma jiran aku yang menetap di sebelah rumah di shah alam dulu. tapi keluarga aku cukup rapat dengan keluarga arwah opah. walau pun sekadar cucu angkat, namun aku cukup bertuah kerana sangat disayangi dan dimanjai arwah opah. aku rasa tak pernah kena marah pun dengan arwah opah. malah arwahlah yang akan membacking dan memujuk aku bila aku kena marah dengan mak & ayah. rumah arwah opah tempat yg paling aku suka bertandang tak kira waktu. sampaikan mak pun akan bawakkan aku nasi semata-mata aku tak nak balik rumah makan. aku suka lepak dengan arwah opah. tengok arwah opah buat biskut semperit masa raya, tengok arwah opah menjahit baju, tengok arwah opah menanam pokok2 bunga kesayangannya, sampaikan tgk arwah opah memicit bisul kat punggung cucunya! arwah opah yang panggil aku ADIK. dia yang jaga aku masa ayah kerap ditahan di hospital. mak sibuk jaga ayah. along angah skola. jadi aku kena pandai2 bawak diri. aku memang sayang gila kat arwah opah. sampai sebelum arwah meninggal pada 22/4/1990, aku ada mimpi...masa tu time raya dan aku demam panas. aku mimpi arwah datang jumpe aku, belai aku. dia pakai baju serba putih. sebelum selepas mimpi itu, dia menghembuskan nafas terakhir disebabkan stroke. kejutan yang amat sangat. aku tak menangis masa menatap jenazahnya. cuma aku menangis sampai sekarang setiap kali aku rasa rindu yang teramat padanya.
Tahun 1989, masa aku darjah 5. arwah pakcik samad iaitu adik kepada mak, meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. aku pun tak berapa rapat dengan arwah pakcik samad. tapi seingat aku masa dia nak dekat sampai 'masanya' dia ada belanja aku makan aiskrim cornetto. serasanya tak pernah dia buat macam itu. tapi kenangan paling best bila arwah pakcik samad ikut keluarga aku balik kedah. sempat bercuti di penang..best...seronok!
1998, masa aku kat cosmopoint, kakak kepada ayah yang aku panggil mak su, meninggal disebabkan masalah jantung. (dalam jantung dia ada peacemaker, terhenti begitu saja yang menyebabkan kematiannya). arwah mak su lembut orangnya. bercakap pun lemah lembut. senyum saja.
Raya 1999, arwah nenek Siti iaitu jiran aku, meninggal. nenek Siti sangat rapat dengan keluarga aku. selalu bertandang ke rumah aku lebih2 lagi selepas arwah atok iaitu suami kpd nenek Siti meninggal dunia. dulu aku mengaji dengan kedua-kedua arwah. sebelum meninggal pun, arwah nenek siti sibuk nak jumpa aku. jadik aku sempat pergi ke rumah dia hantar makanan. masa tu dia sihat saja. tak sangka pulak ajalnya makin hampir. tapi terkilan juga tak sempat nak menziarah jenazah sebab masa dia meninggal, aku sekeluarga beraya di kampung.
21/06/2002, sangat membuatkan aku tidak pernah melupakan tarikh ini, dimana arwah atok (ayah kepada mak aku), meninggal dunia. setelah beberapa tahun sakit dan nyanyuk, akhirnya arwah menghembuskan nafas terakhir menjelang senja. sangat membuatkan seluruh keluarga tersentak kerana atok sangat disayangi. aku pernah menulis kisah atok di dalam blog ini. rasa cam tak mampu hendak menulis lagi, sebab aku rasa sangat rindukan arwah.
2004, giliran arwah makcik jah pula dijemput Ilahi. arwah adalah sepupu kepada mak aku. sangat rapat dengan dia. terkilan di hati bila mak pergi melawat dia sebelum meninggal, tapi aku tak ikut. arwah bertanya pasal aku. arwah sangat sporting. seronok bercerita dengan dia. dan dia jugak pernah cakap, tak sabar nak tgk aku kawen. arwah juga pernah kenenkan aku dengan anak sedaranya, tapi sayang hubungan itu tak menjadi, mungkin faktor jarak.
2005, arwah pak ngah iaitu abang ipar kepada ayah aku & suami kepada mak ngah yang paling aku sayang...meninggal dunia sebab masalah dalam perut. arwah memang jenis tak byk cakap, tapi selalu senyum saja. kalau blk kg, mesti rumah arwah yang jadik tempat penginapan keluarga aku. so nampak sgt muka arwah happy sgt bila kitorang balik kg.
April 2008, disebabkan denggi berdarah dan setelah koma lebih seminggu, arwah mak lang (kakak ipar mak aku) pula dijemput ilahi. Aku taklah rapat sangat dengan mak lang tetapi arwah antara makcik yang sporting.
Oktober 2008, Cik Sal iaitu jiran aku pula meninggal selepas 3 tahun menderita disebabkan kanser. masa arwah sakit, beberapa kali juga aku menziarahnya. sempat berbual. masa dia nazak, sempat aku ke rumahnya, membaca Yassin dengan air mata yang bercucuran. Keluarga aku memang rapat dengan keluarga arwah. macam adik beradik. arwah memang sporting dan penyayang.
dan semalam 13/11/2009....sewaktu tengah bersiap untuk pegi keja....ayah dapat panggilan dari pak long kedah. berita yang sangat mengejutkan. mendukacitakan. apabila makcik yang paling sporting disebelah keluarga ayah (selepas makngah), cik nasiah atau aku panggil cik yah, menghembuskan nafas terakhir selepas subuh. hanya sesak nafas seketika, dia dijemput Ilahi. Tidak pernah dengan arwah sakit sebelum ini. arwah pergi pada usia 57 tahun. aku menggigil mendengar perkhabaran sedih. bukan aku sorang saja, tapi seantero keluarga aku begitu. terus bergegas pulang ke kampung. sampai saja di rumah arwah, melihat jenazah yang wajahnya sangat tenang. macam tidur. terngiang2 di telinga suaranya bergurau senda dengan aku. terbayang2 di mata dan fikiran bila arwah suka mencebik setiap kali aku mengusiknya. arwah memang mulut laser dan akulah paling suka menyakat dia. sebab itu arwah suka melayan aku. kami sekepala! kali terakhir bertemu, masa aku balik kg pas konvo adik aku. sebelum balik shah alam, sempat singgah seketika di rumahnya. paling sedih melihat anak bongsunya, Lin, yang baru berusia 14 tahun sudah kehilangan ibu tersayang, apabila jenazah sudah dikapankan dan hendak dibawa keluar rumah, Lin peluk aku 2 kali, terlalu sedih dan sebak. aku pulak rasa cam nak pengsan masa tu!
sebenarnya ramai yang berada dalam hidup aku (walau pun tak berada dekat) telah pergi menemui Maha Pencipta. arwah makcik Umi (kakak ayah) even aku sangat jarang dan hanya beberapa kali bertemu, tapi sedih juga mendengar berita kematiannya. sahabat2 aku yang telah pergi menemui Allah, Arwah Zehan Nadia yang meninggal dunia selepas SPM disebabkan penyakit buah pinggang, even penah bergaduh dengan dia time sekolah tapi seingat aku masa nak akhir SPM, dia baik dengan aku. Arwah Azeesa Banu, teman sekelas dan kroni aku yang selalu menjadi mangsa buli aku dan kawan2... meninggal di sebabkan kemalangan jalan raya pada 1998, terkilan sebabnya dapat berita kematiannya setelah 1/2 tahun. arwah haniff ghani teman sepejabat aku yang meninggal bulan july lalu kerana penyakit misteri, sempat aku menziarah arwah di spital NS 3 hari sebelum dia pergi. Arwah kak liza iaitu sahabat baik kak sharah, agak rapat dan suka bergurau mesra dengan dia, pergi kerana penyakit kanser pada tahun 2007.
Emmm..siapa lagi ye...emmmm.... Apa pun Al Fatihah untuk mereka ini dan semua yang telah menemui Maha Pencipta. bilakan masa kita, tiada siapa yang tahu....
Posted at 07:08 pm by Tazmania_Lover
Permalink
Saturday, November 07, 2009
"Happy birthday to someone that far..farrrrr...far away from me (but not from my mind n my heart)...May Allah bless u forever..May loved n happiness be with u forever...precious moment 12 years back... :(
Posted at 10:52 am by Tazmania_Lover
Permalink
Saturday, October 31, 2009
PELANGI KEHIDUPAN
Ada satu yang hilang Didalam hatiku Mengusik lara hati Saat menginginkanmu Terapi luruh jiwaku Sejak kau pergi Dan aku hanya diam Biarkan kau menghilang Dan untuk selamanya
Kini haruskah aku sendiri Tanpamu lagi Temani aku Lihat hatiku merintih diri Menantikan mu Dalam pelukanku
Posted at 11:20 pm by Tazmania_Lover
Permalink
Thursday, October 29, 2009
What u give, u'll get back...
Itu HUKUM KARMA. aku percaya akan quote itu. Apa yang kita lakukan, sama ada baik atau buruk, kita akan menerimanya kembali. Kalau baik kita lakukan, kita akan menerima kebaikan di kemudian hari, begitu juga sebaliknya.
Aku nak citer pasal keburukan yang dilakukan oleh seseorang *boleh jatuh pada sesiapa saja*, dimana dia mempergunakan orang lain untuk meraih peluang diatas kebaikan yg dihulurkan oleh orang lain tanpa disedari. burukkan. bila rasa-rasa orang itu tidak dapat memberikan apa yang dia hendak, dia akan cuba meminggirkan diri. memula "Engkaulah kawan..engkaulah sahabat". tetapi apabila hendak menjauhkan diri, lantas mencari pelbagai sebab. atau pun tanpa alasan terus menjauhkan diri. jadi sebagai orang yang terkena, pandai2lah kita mentafsirkannya.usah tertanya2...anda akan perolehi jawapan yang akan mengecewakan anda sendiri. jadi usahlah bertanya untuk menyelamatkan hati anda sendiri.
Balas dendam? Tidak. Itu urusan orang itu dengan Maha Pencipta. Aku percaya HUKUM KARMA itu. Biarlah apa yang dilakukan. ia akan memantul balik ke mukanya. ibarat pepatah melayu berbunyi, 'Meludah ke langit, akhirnya bertempek ke muka sendiri'. Aku cuma tersenyum apabila terkena dengan perkara sebegini. usah berciter berapa ramai yang cuba menempel ngan aku semata-mata mahu meraih kesempatan dengan cara yang serba terhina, mempergunakan aku untuk tujuan kepentingan diri sendiri, kemudian apabila gagal meraihnya...terus hilang begitu saja. yang paling kelakar, bila mencipta pelbagai alasan yang tak pernah aku tanya dan aku tak ingin nak ambil tahu. aku memang jenis keras hati dan keras pendirian. dua perkara inilah yang membantu aku membentengi diri dari terpengaruh, terbuai rasa atau pun terpercaya. Gerak hati aku sering memberikan gambaran yang tepat dan sering boleh menghidu, siapa yang benar2 ikhlas mendampingi aku atau pun sekadar mahu mempergunakan kesempatan yang kurang sesuai ini.
Apabila tembelang terpecah ekoran kebodohan orang itu sendiri, aku tergelak. bagi aku itu antara bahan lawak. cukup terserlah kebodohan dan kepincangan dirinya. Hendak menipu aku...alamak! sangat tidak terkesan. Bukan hendak menunjukkan aku bijak dan sempurna serba serbi. tapi percayalah sesiapa yang mengalami situasi seperti aku, ingat, Allah itu MAHA BERKUASA. DIA akan sentiasa bersama dengan hambaNYA yang teraniaya. Itu sebab usah membalas dendam. dia akan mendapat pembalasannya, mungkin belum sampai di akhirat, di dunia pun boleh juga. bak kata orang sekarang, CASH!
Aku cuba sentiasa membuang orang2 sebegini dari hidup aku. bagi aku orang2 sebegini sangat menyemak dan tak bfungsi langsung dalam hidup aku. untuk apa disimpan dalam hidup aku. walau pun bukan membenci (sebab aku teramat tak nak membenci orang..jangan paksa aku untuk itu...kerna kalau aku terpaksa lakukan...padah..selamanya!)
Cuma aku pelik, mengapalah masih ramai diantara kita yang memiliki mentaliti sebegini...mempergunakan orang lain atas kepentingan diri sendiri tanpa memperdulikan adakah orang yang menjadi mangsa itu senang atau tidak. menempel pada orang lain atas kelebihan yang orang lain itu ada. senangnya hidup! Tidak adakah perasaan orang sebegini? Sudah pupuskan sifat belas kasihan sesama insan? Cakap berdegar-degar, habuk pun takdak! Bermain dengan kata2 mempesona hati dan perasaan. akhirnya...diri sendiri yang akan terpalit lumpur yang kotor dan busuk berpanjangan. saat itu....bertaubatlah. ingat....pintu taubat sentiasa terbuka...sedarlah bahawa...kita ada bumi untuk berpijak dan ada langit untuk dijunjung...sedarlah Allah memerhatikan apa yang kita lakukan....ingatlah sebelum terlewat!
NOTA KAKI : Menulis selepas rasa terpedaya akan seseorang itu mula terhakis apabila kebodohan seseorang itu sudah menyerlah. sebaik aku tak kena tipu berpanjangan! Allah Maha Mengetahui....
Posted at 10:47 am by Tazmania_Lover
Permalink
Wednesday, October 28, 2009
Big bro!
sangat-sangat! Menghilang tanpa perkhabaran (haruskah aku menggegar pejabat barumu itu? TIDAKKKK!!!), entahkan betul entahkan sekadar tafsiran yang mengena atau tersasar, big brokah yang membalas komen apa yg tercatat semalam? Jika big bro, mengapa sekadar NONAME? Jika big bro, pasti tercatat empunya namakan...
Sudahlah pokcik berjauh hati dgn aku...pasti meminggirkan diri...sudahlah big bro jauh dari sisi...entahkan akan muncul, entahkan akan terus menghilang. USah layan jiwa kacau! Tapi ni bukan kes jiwa kacau. cuma tahap kerinduan yg semakin memuncak. sudahlah pokcik yg sudah lama tidak ketemui tiba-tiba meluahkan rasa ketidakpuashati yg entah mana hujung dan pangkalnya. sudahlah big bro yang aku tahu mana gelanggangnya tetapi terlalu mustahil utk aku menjejak. aku makin kehilangan..kehilangan 2 orang abang. akankah aku bakal kehilangan keduanya buat selama-lamanya? bersediakah aku menerima hakikat ini? pastikah ada ketetapan hati dan nurani akan ketentuan ini? Ya, jiwa aku halus tapi pendirian aku terlalu keras. tetapi kena ingat pendirian yang keras itulah yang membolehkan aku membolosi dan melalui rintangan, cabaran dan dugaan seorang diri. pendirian yang keras itulah membuatkan aku terus berdiri di atas kaki sendiri tanpa diampuh oleh orang lain.
Orang sering melihat aku dengan mata kasar, bukan dengan mata hati. Pokcik dan big bro sering menyalami dasar hati aku hingga mampu menebak segala apa yang bergelodak dalam diri. tetapi itu bukan bermakna dua insan ini terlalu memahami. argh! tiada siapa yang lebih memahami melainkan empunya diri dan Tuhan Yang Maha Esa. bukan begitu?
Posted at 11:20 am by Tazmania_Lover
Permalink
Tuesday, October 27, 2009
POKCIK! gua tatau apa kes..tapi kalau dh marah sgt tu...
Nota ni khas utk Pokcik yg banyak jaga gua sepanjang persahabatan & ikatan adik-abang..
Gua tak tau apa yang lu bengang sangat...tetiba lu saja nak provoke...citer pasal ARAH TUJU (padahal tu cuma 1 verse lirik lagu Ruffedge)..tetiba lu bukak citer pasal kenal diri, kenal hati. Intipati diri..cari arah tuju dalam hidup. apa ni??? gua x paham. pastu lu ckp ada kena mengena ngan komen gua kat status FB lu... gua juz tulis Lu nak dpt 2nd baby pun jdk isu..apa kena mengena plak ni. lu saja bikin panas tp last2 lu panas hati sendiri. seriously gua tak paham langsung2 apa mesej yang lu cuba sampaikan. apa yg lu nak ckp kat gua. bila gua mintak lu explain n ckp straigth to the point, lu byk konar sana sini. kejap cakap tu, kejap cakap ni. apa lu nk cakap sebenarnya? lu ckp gua tak paham sampai dah salah paham. dah lu ckp x clear mmg la gua tak paham. apa yg gua paham lu like nak ckp yg gua x paham diri gua sendiri, takde arah tuju, takde ketetapan hati. come on la beb, mustahil gua tatau hidup gua camner... selamanya lu mmg banyak jaga gua, byk bagik nasihat pada gua, byk tlg kontrol hidup gua, tp tak bermakna gua langsung tatau pasal diri gua. lu dh 'pergi' jauh dr hidup gua hampir 3 tahun. selama ni pun lu pun x banyak tau pasal gua. gua tak citer detail pun. tapi bila lu ckp camni, cam lu jer yg lebih2 kenal gua, tahniah lah gua ucapkan.
Gua mintak lu explain, lu x ckp direct... mana gua nak paham. so skang ni lu dh panas hati sendiri... lu sendiri yg dh salah paham. so? apa pun sbg seorang adik, gua dgn merendah diri nak mintak maaf kat lu biar pun gua tatau salah gua kat lu..cam besar arr sgt... ingat pakcik, zaman dh berubah, manusia pun mesti dh bleh berubah kan. gua pun x penah nak harapkan lu sentiasa jaga gua cam dulu. gua tahu kena ada jurang... gua paham sangat2 bab ni, gua tak mintak apa pun kecuali lu paham gua camner. lu tau gua kan independent. sangat! sebabnya gua jenis tak suka nak nyusahkan orang lain even keluarga sendiri, kawan2 rapat sendiri.
So far, alhamdulillah hidup gua ok saja. berjalan dengan lancar. gua tak layan sgt kes jiwa kacau. gua ok saja. bleh handle 99% perkara dlm hidup gua. so mintak lu jgn risau sgt pasal gua. cuma mintak lu paham gua jer. tak yah nk jump into conclusion. kalau x paham, tanya, bukan provoke. tak yah nak konar2...gua jenis yg straight to the point. tak yah nk provoke even gua tau lu kalau nak sakat gua, suka provoke gua. so apa yg jadik hari ni, gua tatau sama ada lu sengaja nk sakat atau lu mmg terasa hati. kalau lu nak terasa hati atas perkara yg gua sendiri tak tau, gua mintak maaf sekali lagi. terima kasih sebab jadik abang gua. jadik protector gua. jdk advisor gua, gua sgt2 hargai semua ni. semoga jaga baik lu selama ni, hanya Allah SWT yg membalasnya....
Ikhlas dr seorang adik.
Posted at 11:29 am by Tazmania_Lover
Permalink
Monday, October 26, 2009
What is a sprained ankle?
A sprained ankle occurs following a sudden sideways or twisting movement of the foot. An ankle sprain can occur during athletic events or during everyday activities. All it takes is an awkward step or an uneven surface to cause an ankle sprain--that is why sprained ankles are among the most common orthopedic injuries. Orthopedic doctors see patients for ankle sprains very often, and it is the most common foot and ankle injury.
How does an ankle sprain occur? A sprained ankle usually occurs when a person lands from jumping or running on to an uneven surface. For example, sprained ankles are often seen when basketball players come down from a jump and land on another player’s foot. Ankle sprains also occur with more routine daily activities such as stepping off a curb or slipping on ice.
What happens inside the ankle when it is sprained? An ankle sprain is an injury to the ligament in the ankle. The ligaments are structures that control excessive movement of the joint. When an ankle sprain happens, the ligament is stretched too far, and is either partially or completely torn.
There are two broad categories of ankle sprain:
Inversion Ankle Sprains The most common type of ankle sprain occurs when the foot is inverted, falling inward. When this type of ankle sprain happens, the outer, or lateral, ligaments are stretched too far. There are three ligaments that attach to the outer side of the ankle. About 90% of ankle sprains are inversion injuries. Pain is always on the outside of the ankle, and there is usually no pain on the inside of the ankle joint.
Eversion Ankle Sprains The other type of sprained ankle is called an eversion injury, where the foot is twisted outwards. When this occurs, the inner ligament, called the deltoid ligament, is stretched too far. Patients will have pain on the inner side of the ankle.
What are the symptoms of an ankle sprain? Common symptoms associated with an ankle sprain are pain with swelling and bruising. The degree of symptoms tends to correlate well with the extent of the damage to these ligaments.
- Grade I Ankle Sprain:
Grade I ankle sprains cause stretching of the ligament. The symptoms tend to be limited to pain and swelling. Most patients can walk without crutches, but may not be able to jog or jump.
- Grade II Ankle Sprain:
A grade II ankle sprain is more severe partial tearing of the ligament. There is usually more significant swelling and bruising caused by bleeding under the skin. Patients usually have pain with walking, but can take a few steps.
- Grade III Ankle Sprain:
Grade III ankle sprains are complete tears of the ligaments. The ankle is usually quite painful, and walking can be difficult. Patients may complain of instability, or a giving-way sensation in the ankle joint. As said before, pain and swelling are the most common symptoms of an ankle sprain. Patients often notice bruising over the area of injury. This bruising will move down the foot towards the toes in the days after the ankle sprain--the reason for this is gravity pulling the blood downwards in the foot.
Do I need to see the doctor if I have an ankle sprain? If you do have significant symptoms following a sprained ankle, you should seek medical attention. Signs that should raise concern include:
- Inability to walk on the ankle
- Significant swelling
- Symptoms that do not improve quickly or persist beyond a few days
- Pain in the foot or above the ankle
Differentiating between a sprained ankle and an ankle fracture can be difficult, and sometimes an x-ray is needed. While moderate pain and swelling are common symptoms following a simple sprained ankle, symptoms such as inability to place weight on the leg, numbness of the toes, or pain that is difficult to manage should raise concern. If you think you may have done more than sustained a sprained ankle, you should seek medical attention.
What is a 'high ankle sprain'? A high ankle sprain is a particular type of injury to the ligaments around the ankle. In a high ankle sprain, the ligaments above the joint are also injured. These ligaments, called the syndesmosis ligaments, can also be injured, and may necessitate a longer course of rehabilitation.
Setelah 2 minggu aku jatuh terjelepuk kat Ganu, setelah 2 minggu aku tahan sakit. setelah 2 minggu pi berurut tp sakit gak...akhirnya terpaksa gak aku mintak doktor kat panel clinic wat surat utk refer ke spital. sebabnya mlm tadik sgt arr sakit... ganggu ketenangan aku nk tido jer... so dlm kol 2pm aku pi hospital sg buloh. setelah lama tunggu zeeka yg kononnya bleh temankan aku, akhirnya tak muncul n setelah call, dia ckp, kang takut x sempat nk pi klinik ortopedik...so aku terpaksa menggagahkan diri pi sendiri..yakni DROVE BY MYSELF! nasib baik arr aku mmg jenis independent, so aku akan belasah selagik boleh seorang diri. senang citer x yah nyusahkan org waima family sendiri.
Sampai kat klinik ortopedik spital sg buloh, bknnya doktor check, tp nurse yg watkan appointment soh dtg 16/11...hati aku menjadi panas membara! aku blah camtu jer...sambil drive pk punyer pk, aku terus pi tropicana medical centre kat kota damansara.... so dpt lah jumper ngan dr kat klinik ortopedik, dr.soong. x ray....then dr. soong ckp ankle sprain iaitu ligemen kat ankle lari...adeii patut arr skit...memula doktor suspect ada bone fracture... sah2 kena admitted la plak.. then dia tanya nak admitted kat ward tak, aku ckp tak nak...isyy...kan best kalau aku ckp ok, sbb AIA akan terus cover n merasalah aku dok spital 5 star! ni x pasal2 aku kena bayar RM440.20, kendian baru claim AIA yg rsnya berzaman baru bleh dpt kot... so kena pakai AIRCAST (alat penyokong ankle) selamat 6 minggu... dpt MC seminggu. tak bleh byk bgerak...dan tak bleh drive...part yg aku x bleh tahan ni! tadik pun aku selumber drive balik...sakit mmg sakit, tp sendiri mau ingat! dr soong geleng pale bila aku ckp aku drove pi spital sendiri... hahaha...
So MC seminggu! dr.soong siap tanya, "Is it enough for u? or that i can give u xtra MC..." hahahahah..."No Needlah doctor, enough. i can't take MC for a longer period coz my boss will take maternity leave starting next week, so i need to replace her..."
Doctor said, "Haiyakkk!! so please limit ur movement ok...."
1 minggu! apa bikin! tido! hahaha..sebaik keja2 aku dh siap...cuma aku sure sesgtttt boss aku akan pening pale sbb dia lum settle hand over the task utk aku...takpe kak, relax, ada masa seminggu lagik seblum akak 'bertapa' 2 bulan! ni kasik chance saya dlu~! ok~!
NOTA KAKI : bestnya jdk TRANSFORMER! Bumblebee rules!!!
Posted at 04:47 pm by Tazmania_Lover
Permalink
Friday, October 23, 2009
Apabila pemandu ‘Super Hero’ mahu menjadi raja jalan
ISU KHAS MASKULIN NOVEMBER 2009 (Copyright Controller-Dilarang untuk di copy paste ke blog atau medium lain tanpa kebenaran)
Sejak mula memandu sedekad yang lalu, boleh dikatakan setiap kali memegang steering dan menekan pedal minyak untuk memulakan sesuatu perjalanan, saya tidak lepas berdoa kepada Yang Maha Esa agar memudahkanlah dan selamatkanlah perjalanan saya pergi-balik serta tingkatkanlah kesabaran saya sepanjang pemanduan. Saya tidak nafikan, kesabaran saya cukup teruji semasa memandu. Kerenah segelintir pemandu di jalan raya begitu menduga. Terkadang, rasa bagaikan jantung ini hendak terhenti berdenyut apabila berhadapan dengan situasi yang mendebarkan akibat kerakusan pemandu lain di jalanan. Cukup membuatkan lutut saya serta-merta menjadi lemah, mulalah kesabaran saya teruji. Tetapi sedaya mungkin saya cuba untuk menahan nafsu marah itu dengan beristighfar panjang agar saya tidak bertindak seperti mana pemandu-pemandu yang rakus itu.
Kerana kerakusan pemandu lain
Pelbagai peristiwa pernah saya alami sepanjang pemanduan. Paling tidak dapat dilupakan (malah rasa sakitnya masih terasa hingga kini) bila mana saya terlibat dalam satu kemalangan. Puncanya sebuah lori 1 tan yang sedang memandu laju di lorong tengah tiba-tiba brek mengejut. Disebabkan waktu itu jalan raya agak licin disebabkan hujan, lori tersebut tidak dapat memperlahankan kelajuannya malah berpusing menghala ke hadapan kenderaan saya yang ketika itu berada di lorong kiri (kerana mahu memasuki simpang kiri yang hanya 200 meter di hadapan). Perasaan saya ketika itu hanya Allah SWT saja yang tahu dan saya hanya mampu melaungkan Allahuakhbar sekuatnya. Sama kuat dengan dentuman kepala lori tersebut yang bertembung dengan hadapan kereta saya. Hanya kerana kecuaian pemandu tersebut bukan saja telah menyebabkan kereta kancil yang saya pandu remuk teruk malah saya turut mengalami kecederaan dalaman yang tidak boleh dirawat!
Rasanya bukan saya seorang yang pernah menjadi mangsa kerakusan pemandu lain yang nampak sangat tidak berhemah di jalan raya. Disebabkan kecuaian (benarkan untuk saya labelkan ia sebagai kebodohan pemandu itu sendiri) tersebut, ada mangsa yang tidak berdosa menjadi mangsa. Bertambah malang sekiranya mangsa tersebut kehilangan nyawa sedangkan pemandu yang bersalah itu masih hidup dan segar-bugar sehingga sekarang. Sebagai contoh, kita sorot kembali tragedi menyayat hati yang menimpa sebuah keluarga pada bulan Ramadhan lalu. Keluarga tersebut kehilangan tonggak utama mereka apabila kereta kancil yang dipandu oleh Allahyarham Abdul Karim Abdul Aziz dirempuh oleh sebuah treler dari arah bertentangan. Kemalangan ngeri ini berlaku di Lebuh raya Persekutuan pada 30 Ogos lalu. Allahyarham maut di tempat kejadian manakala isteri dan seorang anaknya parah. Akibat kemalangan tersebut, 12 beradik hilang tempat bergantung. Sangat memilukan. Al-Fatihah.
Kemalangan umpama tiada noktah
Ops Sikap ke-20 yang dijalankan sempena dengan Hari Raya Aidilfitri yang lalu telah mencatatkan statistik kemalangan yang begitu membimbangkan. Sebanyak 261 nyawa menjadi korban. Hingga ke hari ini, ada saja kisah kemalangan jalan raya dilaporkan oleh pihak media. Tidak pernah surut dan padam. Memetik kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, selepas berakhirnya Ops Sikap ke-20, “Sekalipun hukuman mati dikenakan, ia tidak mampu mengubah sikap pemanduan rakyat Malaysia di jalan raya.”
‘Pandu Cermat Jiwa Selamat, ingatlah insan tersayang’, ‘Biar Lambat Asal Selamat’ dan pelbagai lagi slogan telah dilaungkan sejak dahulu. Tetapi hairan, mengapa ia sedikit pun tidak berbekas di hati pemandu Super Hero ini? Pelbagai iklan di media cetak dan media elektronik mengenai keselamatan jalan raya juga telah TERLALU banyak disiarkan. Tetapi masih dipandang sepi oleh mereka yang berada dalam kategori tersebut. Apa lagi yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran seluruh masyarakat di Malaysia ini berhubung dengan perkara ini?
Fikir...fikirkanlah!
Cuba anda putarkan sejenak kotak ingatan anda kepada beberapa senario ini. Pernahkah anda menyumpah pemandu lain yang bertindak agresif di jalanan? Pernahkah anda menunjukkan isyarat lucah kepada pemandu lain kononnya sebagai tanda protes? Pernahkah anda memperlahankan kenderaan apabila ada yang mengekori anda terlalu rapat atau memberikan isyarat lampu tinggi? Pernahkah anda suka mengikut kereta lain terlalu rapat (seperti mencucuk-cucuk)? Pernahkah anda tidak mengendahkan isyarat pemandu lain yang ingin memotong kenderaan anda? Paling utama, pernahkah anda tidak memberikan isyarat (signal) untuk memotong kenderaan lain, membelok atau ingin menukar laluan? Jika anda pernah melakukan kesemua atau segelintir perkara di atas, andalah pemandu agresif atau mungkin dilabelkan sebagai pembuli jalan raya. Malah Tan Sri Musa Hassan telah melabelkan pemandu yang tidak berhemah dan berlagak ini sebagai ‘pemandu super hero’. Dan pemandu kategori inilah antara punca utama berlakunya kemalangan jiwa di negara kita. Sekali gus meningkatkan statistik kemalangan jalan raya.
Jangan di tuding kepada pihak berkuasa yang kononnya gagal dalam pelbagai ‘Ops Sikap’ tak kira untuk apa jua perayaan utama di negara kita. Mereka telah pun cuba sedaya upaya menjalankan tugas, membuat dan melaksanakan strategi dengan niat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Tetapi pemandu yang tidak berhemah atau tidak memiliki kesedaran sivik inilah yang harus dipersalahkan seratus-peratus. Cuba tanya diri anda? Bagaimana sekiranya ada keluarga, atau kenalan yang menjadi mangsa kemalangan yang berpunca dari kecuaian pemandu lain hingga nyawa melayang? Pasti anda berasa marah bukan? Jadi bagaimana jika andalah penyebabnya? Tidakkah anda rasa bersalah? Bayangkan ada anak-anak yang kehilangan orang tua mereka. Bayangkan ada isteri kehilangan suami mereka. Bayangkan bila ada orang tua yang kehilangan anak mereka. Sungguh menyedihkan. Tetapi adakah kesemua pemandu di Malaysia ini menyedari hakikat ini?
Memang malang tidak berbau... tetapi andalah yang harus lebih berwaspada agar malang itu ‘berbau’. Apa yang perlu anda lakukan?
Antaranya;
1) Kawal kemarahan anda apabila ada pemandu lain yang bertindak agresif. Tenangkan diri dan memperlahankan kereta anda (jangan pula terlalu perlahan hingga menyusahkan pengguna jalan raya yang lain). Jangan membalas dendam.
2) Anda perlu sentiasa peka dengan keadaan di sekeliling. Ada banyak kenderaan di sekitar anda. Mungkin juga keadaan jalan yang agak tidak elok, atau ada haiwan pula yang tiba-tiba melintas di hadapan anda. Maknanya anda perlu memberikan sepenuh perhatian terhadap pemanduan.
3) Pandulah dengan kelajuan yang ditetapkan oleh undang-udang jalan raya. Waima anda membawa kenderaan berkuasa tinggi sekali pun. Adakah nilai kenderaan anda itu boleh dibayar nyawa yang telah melayang? (Tetapi ada kajian yang dijalankan, kenderaan mewah dan berkuasa tinggi agak jarang terlibat dalam kemalangan. Kebanyakannya melibatkan kenderaan berkapasiti sederhana, kenderaan bersaiz besar seperti bas atau treler dan juga kenderaan yang telah diubahsuai).
4) Jangan menggunakan telefon bimbit (tanpa penggunaan set bebas tangan) semasa memandu. Ia akan mengganggu fokus pemanduan anda.
5) Sentiasa periksa keadaan kenderaan anda.
6) Jangan tergopoh-gapah ketika memandu. Jika anda terlepas simpang, pandu terus dan cari pusingan U. Jangan secara mendadak memasuki simpang, bimbang kenderaan di belakang tidak sempat untuk membrek.
7) Bukan sekadar mematuhi had laju, anda juga perlu menggunakan isyarat sebelum membuat pusingan, membelok atau memotong kenderaan lain. Ini antara kesalahan yang cukup ketara apabila ramai pemandu yang tidak memberikan isyarat (takkanlah beli kenderaan mampu, tapi tak tahu hendak menggunakan lampu isyarat?). Berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah dan jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan di hadapan.
Kenyataan selebihnya pasti mengikut lunas pemikiran logik anda sendiri. Tetapi jika anda memiliki lesen sah selepas lulus ujian memandu dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), pastinya anda tahu apa yang boleh dan tidak anda lakukan semasa memandu. Bukankah anda telah mengambil ujian undang-undang dan pemanduan di JPJ? Mengapa anda tidak mempraktikkannya selepas mendapat lesen? Tetapi bagaimana yang memandu tanpa lesen yang sah? Secara sahnya ia sudah melanggar undang-undang jalan raya!
Pesanan ikhlas dari Maskulin, jika ingin menunjukkan kehebatan pemanduan anda, apa kata pergilah memandu di litar perlumbaan yang sah. Jangan berterusan menjadi pemandu Super Hero. Kelak, anda yang bakal menerima musibahnya. Ingat hukum karma ini, “What you give, you will get back!”.
Posted at 04:35 pm by Tazmania_Lover
Permalink
Rintihan hati di kala hujan yang sedang mencurah membasahi bumi..
Entahlah..tetiba teringat DIA dlm sehari dua ni. Masih ada rindu yang tersisa. Tidak tertoksik sepenuh rupanya. Gagal lagi buat sekian kali. Dalam tempoh sedekad, amat menyeksakan! Cukuplah...aku sendiri sudah letih memujuk hati. Duhai hati, berkatalah perkara yang sebenar!
(FIRASAT by MARCELL on my audio rite now..menambahkan kesenduan di hati)
Happy birthday to CLEVER BOY (bahaya mention nama dia even 2 HURUF terhadapan), seseorang yang pernah menyapa pintu hati dahulu tetapi mendiamkan diri dan berlalu pergi. kemudian kembali. kemudian menyepi. kemudian menimbulkan diri. kini berpergian..jauh dari sini. STOP!
ORANG ITU! Arghhh!!! Suka menguji tetapi akhirnya dia yang teruji. Terpaksa membuat pengakuan palsu, mengadakan perkara yang tidak ada demi menjaga perasaan sendiri. Malaslah..biarlah.
NOTA KAKI : Aku cukup suka membaca & melayan luahan Zahiril Adzim a.k.a BOB YANG COMEL melalui blog dia. Penulisan dia sangat bersahaja tetapi BERISI. Bukan menggunakan bahasa sastera, puitis mahu pun jiwang. Tapi aku suka sangat! seperti mana aku suka n kagum lakonannya (bakatnya), aku cukup terkesima dengan penulisan dia. aku pun suka dia! kahkahkah...
Lyla – Bernafas Tanpamu
Mungkin kau bertanya-tanya Arti perhatianku terhadapmu Pasti kau menerka-nerka Apa yang tersirat dalam gerakku Akulah serpihan kisah masa lalumu Yang sekedar ingin tahu keadaanmu
Tak pernah aku bermaksud mengusikmu Mengganggu setiap ketentraman hidupmu Hanya tak mudah bagiku lupakanmu Dan pergi menjauh
Beri sedikit waktu Agar ku terbiasa Bernafas tanpamu oooohhh
Teruntuk dirimu Dengarkanlah
Posted at 02:07 pm by Tazmania_Lover
Permalink
Saturday, October 17, 2009
Assalamualaikum...
Lama aku x berceloteh kat blog ni..semenjak 2 menjak ni, ilham kurang datang bertandang. tepu, sebu, beku, kelu, kaku. last weekend aku pi Terengganu. out station. ikut trip Santai Selebriti-Media ke 8. rombongan reramai....enjoy? bleh arr... tp byk masa terbuang sbb ramai yg tak ikut masa...angin tul! tp aktivitinya not bad la esp snorkling kat Pulau Bidong n main netball. Menginap kat Sutra Beach Resort. memang cantekkkk giler tempat ni. citer pasai main netball, dh seminggu selepas blk dr ganu, aku jalan pun tak betul. dr catwalk terpaksa ubah haluan..penguinwalk! puncanya...masa main netball lawan staff SBR, aku terjatuh, then masa nak bangun, tetiba ada sorang pihak lawan terpijak pergelangan kaki aku..pergh! Tuhan saja yang tahu sakitnya. terus semua games stop! hahaha... so dh start jln terhenjut2...malam tu sempat pi berurut kat spa..atas tajaan resort. tapi kalau stakat berurut kat sapa..alahai...urut manja2 jer...still sakit.
FIRST THING REALLY BAD : Terseliuh. sakit kaki.
Sok masa on the way nak balik, sempat singgah pasar payang.. first time pi sana,ok la.... even kaki sakit, shopping tetap shopping. duit banyak abis.
SECOND THING QUITE BAD : Budget ke lautttt!
Then masa sampai kat KL, close fren aku, Amy, fetch me. muka minah ni layu n mendung semacam. aku paksa dia citer... then baru tahu yg dia ada financial problem then she need some amount to settle a few things. takde sapa nak loankan dia. so dgn hati yg agak berat (sebenarnya) aku ckp arr, bleh arr loankan tp x banyak. aku offer RM500. tapi dia nak RM1000! what to do. i say OK!
THIRD THING ALMOST BAD : Loan amount of money to someone...which is my close fren...hope she can pay me back ASAP! duit ASB aku tu!
Then dpt MC 2 hari sbb kaki terseliuh.
NOTHING BAD..best MC. tapi kaki sakit.
after 2 day MC, back to office. arghh!! BZ! shoot fesyen n kena plak attend Q&A utk yearly presentation.. dalam kaki yg sakit, kena plak drive. then ORANG ITU not asking anything about my injurie,.
FORTH THING A BAD : Orang Itu really BAD! he don't care about me! apa punya 'adik' ntah! buang karan!
Friday, keja...kejaa..keja..bank in RM1k kat AMy. Sedih tgk buku ASB aku, bler lah nk cecah amount yg bleh buat aku tersenyum. takpelah nak buat camner. buat baik, akan dibalas baik. Pujuk diri sendiri. Orang itu tuntut hadiah. itu saja yg dia tahu ke? sampai hati. ada ke patut dia ckp kaki aku kena gigit ikan bilis. mengong!1 then tanya how to arrange trip to Bandung. ada hati nak bawak GF. piiraahh..malas. biaq pi!
FIFTH THING...BAD OR NOT...BUT I'M QUITE HAPPY WHEN ALL MY NEPHEWS N NIECE BALIK SUBANG. YEAAHAAA! tapi malam, tengok kucing kesayangan pengarang jantungku, TIGER, mogok. sakit. muntah2.lemau...uwaaaa....
Soknya, kaki still sakit. tunggu makcik urut. petang baru dia datang. then along sms, soh bawak Tiger pi vet. so pegilah Vet kat TTDI Jaya. doktor vet cakap Tiger kena Batu Karang + Food poisoning (sbb minum susu alpha lipid yg mak kasik. susu tu terlalu kuat utk haiwan) + Fever. terus kena warded. then i need to pay RM300 for deposit. estimate..RM500! uwaaaaaa....terpaksa swipe credit card..then ngah pk utk postpone bayar duit keta. WTF!
SIXTH THING REALLY...REALLY BAD : My cat sick, i have empty POCKET. my leg really worst sbb urat dah terlalu tegang. uwaaaa...
MINGGU APAKAH INI??? inilah ujian dari Allah. Ya Allah, berikan aku ketenangan dan kesabaran menghadapi ujianMU. Amin. Pasti ada hikmah disebalik semua ini...
Nota Kaki : Big bro dh ghaib. Pokcik nak dpt 2nd baby ek? x habaq pun....then why my mind always remind to somebody who i found last weekend. the person call me IZ...eh, he not really attract my attention. really? emmm....ENTAH! but why i'm still keep calling his name in my mouth, my mind, and my heart? sudahlahhhhH!!!
Posted at 11:08 pm by Tazmania_Lover
Permalink
|
 |
 |
 |
 |
 |
 |
|
|